nuffnag

Pengalaman Mengandung Anak Pertama

Assalamualaikum..

I'm back. Start berblogging balik yang dah lama aku tinggal since diploma. Segala post lama-lama yang agak kebudakan tu aku dah delete. Hakhak... Maybe sebab sekarang macam banyak masa terluang kan. Haa.. Tengok tajuk pun dah tau kan, aku nak cerita experience aku mengandung anak first ni. 

Start Pregnant
Sebenarnya aku x expect pun akan lekat. Mulanya aku demam. Time tu husband aku tengah sibuk nak p dokumentasi interview inspektor polis. Few days before demam tu ada la bercak darah sikit. Aku mula cuak sebab nak kata period xkan kot, aku baru je habis period around seminggu lebih. And bau darah dia x mcm darah period. Darah dia pekat sgt kaler coklat gitu.Takut la kan sekarang kan banyak sgt jenis penyakit ni. Tapi aku x p klinik pun (takut nak p klinik). hehe... Seriously memang x expect pun akan lekat. 

Lepas tu kenduri menyambut menantu adik aku, angah. Klu ikutkan time kenduri tu dah terlewat period dalam 2-3 days. Tapi takpa relax dulu. Konon xnak excited or berharap la kan. Lepas kenduri tu balik la shah alam. Menghitung hari jugak la kan sebab still x period lagi. So disebabkan aku x sabar nak tau aku pun p la farmasi beli pregnancy test. Beli dua untuk stand by. Balik try la urine test. Alhamdulillah naik double line sangat terang which mean I'M PREGNANT !!!! Wahhhh Allah je tau perasaan aku time tu. Time tu husband tengah kerja, aku terus whats app dia bagitau. Excited sgt nokss...

Tanda-tanda aku pregnant
- ada bercak darah
- demam
- sensitif sangat dengan husband, asyik rasa nak marah dia ja
- kerap buang air kecil
- sakit payudara
- suka tidur & cepat letih
- lewat period

Tanda-tanda ni dari apa yg aku perasan la..

Buat buku merah/rekod kesihatan ibu
Dalam usia kandungan aku 12 weeks aku p KK Bestari Jaya buat buku merah and first check up and also first scan. Ya Allah masa scan tu rasa mcm nak nangis sangat. Nampak jantung baby tengah gerak. Mcm x percaya ada anak dalam perut ni tau. Memang nurse akan tanya banyak masa nak buat buku tu. Sejarah kesihatan kita and also sejarah kesihatan parent. And yang paling x tahan tu nurse akan check payudara kita, meraba2 tau. Bukan apa just nak check kita punya nipples utk persediaan breastfeeding. Lepas tu ada la nurse tu bagi nasihat sikit and ajar kita mcm mana jaga diri sebab awal2 ni la kan kena jaga elok2. 

Actually aku dah lewat buat buku tu, sepatutnya lepas tau pregnant kita kena terus g check up, tapi aku lengah kan sebab tengah busy nak pindah rumah masa tu. Risau gak aku time tu takut kena marah kan. Tapi nurse kat KK tu serious baik2 semua xmarah pun. Memang sbb first pregnancy kot. Aku x de pengalaman lagi kan. Alhamdulillah check darah semua ok. HB pun ok 12.5. After 2 weeks nurse suruh aku datang minum air gula. Korang bolek klik link bawah ni untuk baca experience aku minum air gula.

Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) untuk ibu mengandung



*Harap Allah permudahkan segala urusan aku ni. Aminn...




No comments: